Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal
Astro Arena
Januari 28, 2025 10:00 MYT
Januari 28, 2025 10:00 MYT
Aksi Neymar ketika perlawanan Liga Juara-juara Asia Kumpulan B antara Al Ain dan Al Hilal di Stadium Hazza bin Zayed, Al Ain, United Arab Emirates, 21 Okt 2024. - Gambar fail/REUTERS
BEKAS pemain Paris Saint Germain (PSG), Neymar Jr, sah meinggalkan gergasi Liga Pro Saudi, Al-Hilal, melalui persetujuan bersama selepas hampir dua musim berkelana di rantau Timur Tengah itu.
Bekas pemain Barcelona itu juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.
Neymar bergelut untuk mendapatkan semula prestasi terbaik tatkala dibelenggu kecederaan serius sepanjang musim sehingga sukar mendapatkan minit permainan yang konsisten.
Menurut laporan wartawan bola sepak terkemuka dunia, Fabrizio Romano, pemain kebangsaan Brazil itu akan kembali semula ke pangkuan kelab pertamanya, Santos, yang menjadi titik permulaan kepada bergelar seorang pemain bola sepak profesional dunia. - StadiumAstro