Neymar malu tegur Messi

Astro Arena
Julai 3, 2017 11:43 MYT
Neymar memberitahu dia amat teruja apabila berada di dalam bilik persalinan pasukan buat kali pertama. - Gambar Reuters/Albert Gea
Pemain Brazil, Neymar, mendedahkan dia malu untuk menegur Lionel Messi dan terasa seperti berada dalam permainan video apabila mula menjejakkan kaki di Barcelona pada tahun 2013.
Ketika menghadiri mahlis perkahwinan Messi di Rosario pada Jumaat lalu, Neymar memberitahu dia amat teruja apabila berada di dalam bilik persalinan pasukan buat kali pertama.
“Saya berjalan ke bilik persalinan, kemudian melihat Messi di satu bahagian dan apabila berpaling, saya turut melihat Xavi, Andres Iniesta, Dani Alves dan Gerard Pique berada di situ.
“Saya sangka saya berada dalam permainan video,” kata Neymar.
“Bulan pertama adalah sangat sukar, saya malu untuk menegur Messi dan pemain lain kerana mereka semua adalah idola saya,” tambahnya.
Neymar membentuk gandingan mantap bersama Messi dan Luis Suarez di Camp Nou sehingga mereka menerima gelaran 'MSN' dan Neymar tidak menafikan rakan sepasukannya banyak membantu untuk dia membiasakan diri di Barca.
Dia telah memenangi dua gelaran LaLiga dan satu trofi Liga Juara-Juara Eropah dalam lapan piala yang diraih sepanjang empat tahun bersama Blaugrana.
#Andres Iniesta #barcelona #Brazil #dani alves #Gerard Pique #Lionel Messi #Luis Suarez #video
;