Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak

Sinar Harian
Februari 1, 2024 15:08 MYT
Pempengaruh dan model dari Brazil, Amanda Kimberlly (kanan) mendakwa hamil anak Neymar. - Foto/ Sinar Harian/ Agensi
BINTANG bola sepak Brazil, Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Sebelum ini, media Brazil mendedahkan, Neymar mempunyai hubungan sulit dengan pempengaruh, Amanda Kimberlly ketika dia masih bersama bekas teman wanitanya, Bruna Biancardi.
Beberapa media Brazil turut melaporkan, Kimberlly kini hamil empat bulan dan Neymar dikatakan cukup terkejut dengan berita kehamilan model kelahiran Brazil itu.
Sekalipun terkejut dengan berita tersebut, Neymar bersedia menerima bayi berkenaan, namun dia mahu ujian DNA dijalankan sebaik Kimberlly bersalin.
Pada Oktober tahun lalu, Neymar menyambut kelahiran anak keduanya, Mavie sebelum dia membuat keputusan berpisah dengan Biancardi sebulan kemudian.
Neymar yang kini menyarung jersi kelab Arab Saudi, Al-Hilal turut mempunyai seorang anak lelaki hasil hubungan dengan pempengaruh dari Brazil, Carolina Dantas. - Sinar Harian/ Agensi
#Neymar #model brazil #anak #ujian DNA
;