Neymar kembali sertai skuad kebangsaan Brazil selepas cedera 17 bulan
Astro Arena
Mac 7, 2025 16:00 MYT
Mac 7, 2025 16:00 MYT
Neymar tidak pernah mewakili Brazil sejak Oktober 2023 susulan kecederaan dialaminya. - Stadium Astro
NEYMAR kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan Brazil menjelang perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Colombia dan Argentina bulan ini.
Ia sekali gus menamatkan tempoh 17 bulan ketiadaannya dalam barisan Selecao.
Penyerang berusia 33 tahun itu tidak pernah mewakili Brazil sejak Oktober 2023, di mana dia mengalami kecederaan lutut anterior cruciate ligament (ACL) sewaktu menentang Uruguay.
Neymar telah menjaringkan 79 gol menerusi 128 penampilannya bersama Brazil dalam tiga edisi Piala Dunia.
Baru-baru ini, dia meluahkan hasratnya untuk dapat beraksi dalam Piala Dunia 2026 di Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico. -- Stadium Astro