Neymar cipta sejarah dengan gol UCL ke-20 bersama PSG

Astro Arena
Disember 10, 2020 08:58 MYT
Neymar (kiri) beraksi bersama Fehmi Mert Gunok, dalam perlawanan UCL Kumpulan H antara Paris St Germain dan Istanbul Basaksehir F.K. di Parc des Princes, Paris, Perancis, 9 Dis, 2020. REUTERS
NEYMAR menjadi pemain pertama menjaringkan 20 gol Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama dua kelab berbeza apabila membintangi kemenangan 5-1 Paris Saint-Germain (PSG) ke atas Istanbul Basaksehir di Parc des Princes awal pagi tadi.
Pemain berusia 28 tahun itu menjaringkan hatrik manakala Kylian Mbappe turut menghasilkan gol berganda -- pada usia 21 tahun dan 11 bulan, bintang Perancis itu menjadi pemain termuda mencecah 20 gol dalam UCL, sekali gus mengatasi rekod yang dilakukan Lionel Messi.
Dalam perlawanan yang ditunda sehari selepas pegawai keempat, Sebastian Coltescu, mendakwa penolong jurulatih Basaksehir, Pierre Webo, mengeluarkan kata-kata perkauman, Neymar terlibat dalam kesemua lima jaringan PSG selain enam daripada keseluruhan tujuh percubaan yang dilakukannya merupakan perucbaan tepat.
Neymar membuka jaringannya dengan gol gemilang hasil bola yang dilencongkan ke penjuru kiri atas gawang lawan sebelum pemain kebangsaan Brazil itu menggandakan jaringannya menerusi rembatan kencang yang gagal diselamatkan penjaga gol, Fehmi Mert Gunok.
Gol ketiganya pula hadir dari jarak 20 ela untuk memastikan jaringannya yang ke-20 dalam UCL bersama PSG, kurang satu berbanding sepanjang bersama Barcelona, di mana dia memenangi kejohanan kelab elit UEFA itu dalam musim 2014-15.

20/20 - Neymar is the first player in the history of the European Cup/Champions League to score 20 goals for two different teams (Barcelona and PSG). Vision. pic.twitter.com/dV75pUE6jC

— OptaJoe (@OptaJoe) December 9, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Neymar juga merupakan pemain keempat paling cepat merekodkan 40 gol dalam UCL selepas melakukannya menerusi 65 perlawanan.
Dia berada di belakang Lionel Messi dan Robert Lewandowski (kedua-duanya dalam 61 perlawanan) selain bekas bintang Real Madrid dan Manchester United, Ruud van Nistelrooy, yanng melakukannya dalam 45 perlawanan.
Pemain nombor 10 PSG itu telah menghasilkan tiga hatrik dalam UCL dan hanya ketinggalan di belakang Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, masing-masing dengan lapan hatrik.
Hanya Edinson Cavani dan Zlatan Ibrahimovic mempunyai rekod gol lebih baik untuk PSG dalam kejohanan itu manakala Neymar secara keseluruhan telah terlibat dengan 65 gol.
Dengan United tewas kepada RB Leipzig semalam, PSG mengesahkan laluan mereka ke pusingan 16 dan akan menuju ke pusingan kalah mati itu sebagai pendahulu Kumpulan H.

65 - Neymar in the Champions League: 65 games 41 goals 24 assists Involved in 65 goals in 65 games 3rd hat-trick in the UCL, only Messi and C. Ronaldo have more (8) Paris' 2nd best scorer in the competition (behind Cavani, level with Ibrahimovic) Superb.#PSGIBKF pic.twitter.com/IJ1MqiSKS1

— OptaJean (@OptaJean) December 9, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Neymar #Liga Juara-Juara Eropah #UCL #PSG #Istanbul Basaksehir #perlawanan #hatrik #20 gol #Kylian Mbappe #gol berganda #perkauman #Lionel Messi #Rekod
;