Neymar bersama skuad berdepan Croatia
Astro Arena
Jun 3, 2018 10:51 MYT
Jun 3, 2018 10:51 MYT
NEYMAR akan memainkan peranan apabila Brazil berdepan Croatia dalam aksi pemanas badan sebelum bermulanya Piala Dunia 2018, malam ini.
Dia terpaksa diketepikan sejak Februari lalu selepas ditimpa kecederaan dan telah melalui proses pembedahan, membuatkan dirinya masih berada dalam proses mendapatkan semula prestasi terbaik dan tahap kecergasan yang diperlukan.
Bagaimanapun, pengurus pasukan Brazil, Tite, mengesahkan bahawa bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu akan diturunkan selama beberapa minit bagi mendapatkan momentum sebelum bertolak ke Russia.
Tite menjelaskan bahawa pemain berusia 26 tahun itu tidak akan berada dalam kesebelasan utama pasukan di Anfield tetapi akan cuba dibawa masuk dalam babak kedua.
"Neymar akan berada di bangku simpanan kerana masih lagi dalam proses pemulihan," kata Tite.
"Dia akan masuk dalam separuh masa kedua kerana ia adalah perlawanan persediaan buat kami.
"Neymar perlu menjadi protagonis dan begitu juga dengan pemain lain."
#Anfield
#bangku simpanan
#bola sepak
#Brazil
#cedera
#Croatia
#Neymar
#Paris Saint-Germain
#pemain
#pemulihan
#pengurus
#Piala Dunia
#PSG
#tite