Neymar belum bersedia sepenuhnya

Astro Arena
Mei 28, 2018 09:50 MYT
Biarpun timbul keraguan mengenai perkembangan kecederaannya, Neymar menegaskan dia sudah bersedia untuk beraksi. - Gambar fail
BINTANG Brazil, Neymar, belum mencapai tahap 100 peratus menjelang tiga minggu lagi sepak mula Piala Dunia Russia.
Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) tersebut sedang berusaha keras untuk mengembalikan kecergasan susulan patah metatarsal pada Februari lalu.
Neymar dijangka akan kembali beraksi dalam perlawanan pemanas badan ketika Brazil menghadapi Croatia pada 3 Jun nanti, pemain berusia 26 tahun itu bagaimanapun belum cergas sepenuhnya.
"Saya masih belum di tahap 100 peratus," kata Neymar kepada pemberita, semalam.
"Ini memerlukan masa, masih terdapat unsur ketidakselesaan ketika saya membuat langkah tertentu.
"Masih ada beberapa hari lagi untuk hari kepulangan saya."
Brazil akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Switzerland dalam pertembungan Kumpulan B di Rostov-on-Don.
Biarpun timbul keraguan mengenai perkembangan kecederaannya, Neymar menegaskan dia sudah bersedia untuk beraksi.
"Saya sudah bersedia untuk bermain, tiada yang dapat menghalang saya," katanya.
"Ketakutan yang saya rasa ketika ini adalah kerana saya tidak beraksi selama tiga bulan, namun itu tidak akan menghalang saya."
#bola sepak #Brazil #cedera #Croatia #metatarsal #Neymar #Paris Saint-Germain #Piala Dunia #PSG #Russia #Switzerland
;