Newcastle perlu pamer mentaliti yang sama - Benitez

Astro Arena
Mac 4, 2018 05:15 MYT
Benitez yakin pasukannya mampu meraih sebanyak mata yang mungkin dan memastikan mereka meneruskan mentaliti seperti aksi bertemu Liverpool. REUTERS / Fail
PENGURUS Newcastle United, Rafa Benitez, menggesa pemain-pemainnya untuk terus mempamerkan mentaliti yang sama ketika tewas 2-0 kepada Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.
Jaringan daripada Mohamed Salah dan Sadio Mane memastikan tiga mata buat skuad kendalian Jurgen Klopp itu, yang meninggalkan Newcastle di tangga ke-16 liga dan dua mata di atas zon penyingkiran.
The Magpies berdepan aksi sengit ketika menerima kunjungan Southampton di St James' Park.
Benitez yakin pasukannya mampu meraih sebanyak mata yang mungkin dan memastikan mereka meneruskan mentaliti seperti aksi bertemu Liverpool.
"Mentaliti pemain-pemain sangat baik," kata Benitez.
"Ia merupakan perlawanan yang sukar tetapi aksi seterusnya, kami perlu mengulangi perkara yang sama.
"Kami perlu mengelak daripada penyingkiran. Kami perlu tenang dan menghadapi aksi seterusnya."
#EPL #jurgen klopp #Liga Perdana Inggeris #Mohamed Salah #Newcastle United #pengurus #Rafa Benitez #Sadio Mane