Nazmi mahu sambung pelajaran tertangguh
Astro Awani
Februari 6, 2013 08:21 MYT
Februari 6, 2013 08:21 MYT
Selepas dua kali menangguhkan pengambilan peperiksaan SPM, Nazmi tidak menolak kemungkinan untuk mengambil peperiksaan itu dalam tempoh terdekat ini.
Ketika ini, fokus utama nazmi adalah untuk menyambung semula kariernya bersama PKNS Selangor, selepas meninggalkan kelab liga super Portugal, SC Beira Mar.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong, menyarankan Nazmi mengambil peperiksaan SPM tahun ini, selepas dua kali tertangguh.
Pada 2011, pembabitannya bersama Skuad Bawah 23 tahun di Sukan Sea Indonesia, memaksanya menunda pengambilan SPM.
Tahun lalu, dia menyertai Beira Mar pada Julai dan sekali lagi menangguhkan pengambilan sijil itu, walaupun bapanya, Mansor Mustapaha berusaha untuk anaknya mengambil peperiksaan tersebut.