Nazmi Faiz terima keputusan FAM dengan hati terbuka
Astro Awani
Februari 4, 2013 07:41 MYT
Februari 4, 2013 07:41 MYT
Pemain remaja sensasi kebangsaan, Nazmi Faiz menerima dengan hati terbuka keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM yang hanya membenarkan dia beraksi dalam saingan Liga Super pada April.
Ujar pemain berusia 18 tahun itu keputusan itu sudah cukup melegakannya.
Tambah pemain kelahiran Keramat Kuala Lumpur itu, dia menganggap ia sebagai permulaan positif selepas berhijrah ke PKNS Selangor.
Nazmi bercakap demikian ketika menyertai sesi latihan pertama bersama skuad the Red Ants di padang PKNS pada Isnin.
Terdahulu, FAM menolak rayuan PKNS untuk bekas pemain Harimau Muda A itu beraksi dalam perlawanan Liga Super seawal 16 Februari ini.
Sebaliknya, Nazmi terpaksa menunggu sehingga April untuk membuat penampilan sulung bersama pasukan barunya itu.