Nasi beriani jadi juadah pilihan Luqman di Jepun

Astro Arena
Januari 19, 2024 12:19 MYT
Luqman sedang menikmati juadah nasi beriani di salah satu restoran India di Yokohama, Jepun. - Foto Stadium Astro
PENYERANG negara yang kini berpangkalan di Jepun, Luqman Hakim Shamsudin ditemani rakan sepasukannya sedang menyesuaikan diri dengan suasana dan makanan di Jepun.
Tular satu gambar dari perkongsian rakan sepasukannya, Yutaro Yoshino di laman aplikasi X memaparkan Luqman sedang menikmati juadah nasi beriani di salah satu restoran India di Yokohama, Jepun.

@luqmansham10 pic.twitter.com/nFXfMq2bIO

— (@yutaroyoshino) January 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun nasi briyani masih menjadi pilihan Luqman dan bukannya makanan tradisional Jepun seperti sushi dan sebagainya, mungkin itu adalah antara juadah yang boleh membuatkannya rasa dekat dengan kampung halaman.
Mungkin tidak lama lagi, kita boleh dengarkan Luqman mampu bertutur dalam bahasa Jepun selain Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Luqman Hakim #kelab jepun #penyerang negara #nasi briyani #beriani
;