Naomi Osaka umum tarik diri Terbuka Paribas BNP

Astro Awani
September 22, 2021 07:25 MYT
Pemain Jepun berusia 23 tahun itu ketika beraksi di Terbuka AS awal bulan ini. - Foto REUTERS
PEMAIN nombor lapan dunia, Naomi Osaka secara rasmi telah menarik diri daripada Terbuka Paribas BNP bulan depan.
Pemenangan Grand Slam empat kali itu memberitahu dia perlu merehatkan diri dan memberi fokus kepada kesihatan mentalnya.
Osaka mengalami kesukaran untuk beraski dengan cemerlang di persada dunia sejak menarik diri daripada Terbuka Perancis pada penghujung Mei lalu.
Keputusan untuk menarik diri itu diambil atas isu kerisauan dan kemuringan selepas enggan mengambil bahagian dalam sidang media kejohanan itu.
Pemain Jepun berusia 23 tahun itu memenangi kejohanan WTA pertamanya di Indian Wells pada 2018.
Dalam catatan di akaun rasmi Twitter, kejohanan itu berkata: "Kami tidak sabar untuk bertemu kembali dengan Naomi pada 2022."

2018 Champion Naomi Osaka has withdrawn from #BNPPO21. We look forward to seeing you in 2022, Naomi pic.twitter.com/Sz6tCZ7wdI

— BNP Paribas Open (@BNPPARIBASOPEN) September 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#tenis #naomi osaka #Terbuka Paribas BNP #tarik diri
;