Nama Ronaldo disebut 1.5 juta kali di Twitter

Astro Arena
Jun 24, 2014 11:55 MYT
Cristiano Ronaldo disebut di dalam Twitter lebih daripada 1.5 juta kali - Gambar Fail
Laman sosial telah membantu mendekatkan peminat bola sepak antarabangsa tidak kira beribu batu jauh dari Brazil.
Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo disebut di dalam Twitter lebih daripada 1.5 juta kali pada perlawanan Amerika Syarikat menentang Portugal, manakala penyerang AS Clint Dempsey mencatatkan 465 ribu.
Pada minggu pertama kejohanan Piala Dunia Fifa, pada 12 Jun hingga 18 Jun, Menurut syarikat laman sosial gergasi itu, Facebook telah mencatatkan sebanyak 459 juta 'post' daripada pengguna, 'likes' dan 'comment'.
Gambar yang paling 'trending' dicatatkan oleh Facebook adalah bintang sensasi Brazil Neymar Jr.
"Acara sukan sering membantu meningkat jumlah perbualan di Facebook, dan kami lihat Piala Dunia kali telah berjaya memberikan sesuatu yang menakjubkan," ujar jurucakap Facebook melalui emelnya.
"Piala Dunia adalah perkara yang global dan Facebook juga menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia di arus serba teknologi ini, dan Facebook mendekatkan lagi penyokong tidak kira di mana mereka berada."
"Ia telah menjadi saat yang unik buat kami, kerana berjaya meraih perbualan tertinggi dari mana-mana acara yang pernah dinilai Facebook." -- Astro Arena
#CR7 #Cristiano Ronaldo #Piala Dunia Brazil #Twitter
;