Najib ucap tahniah kepada Khairul Idham
Kohilah Sekaran
April 4, 2016 13:33 MYT
April 4, 2016 13:33 MYT
Pemimpin negara hari ini merakamkan ucapan penghargaan kepada Khairul Idham Pawi selepas dia memenangi kejohanan Moto3 saingan Grand Prix (GP) di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina pada awal pagi Isnin (waktu Malaysia).
Menerusi laman Twitter, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kejayaan Khairul Idham Pawi sebagai satu kebangaan negara.
“Tahniah Khairul Idham Pawi mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama menang Kejohanan #ArgentinaGP kategori Moto3.Kejayaan yang membanggakan!”
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga merakamkan ucapan penghargaan kepada Khairul kerana berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin juga teruja dengan kemenangan ini apabila beliau menyampaikan ucapan tahniah kepada penunggang berbakat besar itu.
Khairul dari pasukan Honda Team Asia ini mencatat masa 41 minit 35.452 saat dalam 21 pusingan di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina.
Tahniah, Khairul Idham!
[GALERI FOTO]: Jaguh litar permotoran, Khairul Idham unggul di Argentina