Najib ucap tahniah kepada Chong Wei juarai Terbuka China

Bernama
November 16, 2015 08:28 MYT
Chong Wei bergambar selepas mengalahkan pemain nombor satu dunia dari China, Cheng Long dalam straight set 21-15 dan 21-11 dengan hanya mengambil masa 50 minit.. - Foto AFP
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei atas kejayaannya menjuarai Terbuka China di Fuzhou.
"Tahniah @LeeChongWei! Kalahkan bukan satu tapi dua jaguh China, Chen Long dan Lin Dan di tempat mereka sendiri, satu kejayaan membanggakan!," kata Najib menerusi entri Twitter beliau hari ini.
Najib berada di Antalya, Turki bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak G20 selama dua hari bermula hari ini hingga esok.
Pada final, Chong Wei mengalahkan pemain nombor satu dunia dari China, Cheng Long dalam straight set 21-15 dan 21-11 dengan hanya mengambil masa 50 minit.
Pada saingan separuh akhir semalam, Chong Wei menewaskan Lin Dan 17-21, 21-19, 21-19 dalam aksi mendebarkan selama 92 minit.
Kejayaan itu menyaksikan bekas pemain nombor satu dunia itu menamatkan kemarau 13 tahun untuk pemain perseorangan lelaki negara merangkul gelaran itu selepas Wong Choong Hann pada 2002.

Tahniah @LeeChongWei! Kalahkan bukan 1 tapi 2 jaguh China Chen Long dan Lin Dan di tempat mereka sendiri, satu kejayaan membanggakan!

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) November 15, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Chen Long #Lee Chong Wei #Najib Razak #Terbuka China
;