Najib sertai jutaan rakyat Malaysia bersorak untuk pasukan badminton negara

Bernama
Mei 25, 2014 11:34 MYT
Najib dan keluarga bersorak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai jutaan rakyat Malaysia bersorak untuk barisan pemain negara yang bertarung dengan Jepun pada perlawanan akhir Piala Thomas di New Delhi, India.
Perlawanan itu menyaksikan jaguh badminton negara yang juga pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menewaskan Kenichi Tago 21-12, 21-16 untuk mengutip mata pertama Malaysia.
"Tahniah Chong Wei! Semoga pasukan negara bawa pulang #PialaThomas2014. Seluruh negara bersorak untuk anda!" katanya dalam catatannya di laman Facebook dan Twitter.
Najib turut memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan anak mereka, Nor Ashman mengikuti perlawanan di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi melalui siaran langsung televisyen di kediaman mereka.

Tahniah Chong Wei! Semoga pasukan negara bawa pulang #PialaThomas2014. Seluruh negara bersorak utk anda! pic.twitter.com/K5XDYrN3lM

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 25, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kali terakhir Malaysia memenangi Piala Thomas ialah pada 1992.
#Najib Razak #pialathomas