Najib sedih Wong Choon Wah meninggal dunia

Bernama
Januari 31, 2014 18:55 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedihnya di atas kematian bekas pemain bola sepak kebangsaan negara, Wong Choong Wah, pagi Jumaat.
Wong, 67, meninggal dunia akibat serangan jantung.
"Wong adalah seorang daripada pemain hebat bola sepak Malaysia yang pernah beraksi dalam Olimpik Munich 1972. Sedih mendengar yang beliau telah meninggal dunia,"kata Najib dalam tweet beliau, Jumaat.
Pemain legenda itu mengalami serangan jantung di kediamannya di Sri Petaling di sini sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur di sini pada 3 pagi.
Kematian Wong juga amat menyedihkan kerana hari ini adalah hari pertama masyarakat Tionghua menyambut Tahun Baharu Cina.
Mayatnya akan dikebumikan pada Isnin ini.
Wong adalah antara pemain awal Malaysia yang beralih ke arena bola sepak profesional.
#Najib Tun Razak #Olimpik Munich 1972 #Wong Choong Wah
;