Nafiizwan akhiri kemarau gelaran, juarai Terbuka Manitoba

Bernama
Mac 19, 2018 06:19 MYT
Pencapaian itu juga menaikkan semangat Mohd Nafiizwan yang akan mengetuai cabaran Malaysia pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, bulan depan. - Gambar fail
Juara kebangsaan dua kali, Mohd Nafiizwan Adnan akhirnya berjaya menamatkan kemarau gelaran apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Manitoba di Winnipeg, Kanada pada Ahad (Isnin di Malaysia).
Mohd Nafiizwan yang muncul naib juara pada Terbuka Montreal baru-baru ini, melakar kejutan selepas menumpaskan pilihan utama, Campbell Grayson dari New Zealand; 11-6, 7-11, 11-6 dan 11-4 pada perlawanan berlangsung di Kelab Raket Skuasy Winnipeg (WSRC), menurut laman web kejohanan, www.squashmb.org
Kejayaan itu adalah gelaran antarabangsa kedua bagi Mohd Nafiizwan selepas merangkul kejuaraan pada Kejohanan Skuasy Antarabangsa HKFC 2016.
Pencapaian itu juga sudah tentu menaikkan semangat Mohd Nafiizwan yang akan mengetuai cabaran Malaysia pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, bulan depan.
-- BERNAMA
#Campbell Grayson #Kanada #Malaysia #Mohd Nafiizwan Adnan #New Zealand #Skuasy #sukan #Terbuka Manitoba #Terbuka Montreal
;