Nadal tumpu usaha kembali ke gelanggang tenis - Bapa saudara
Bernama
Julai 11, 2023 21:35 MYT
Julai 11, 2023 21:35 MYT
LONDON: Rafael Nadal belum akan berhenti bermain tenis setakat ini jika beliau berjaya pulih dengan baik daripada kecederaan pinggul, kata bapa saudaranya, Toni Nadal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Bagaimanapun, Toni Nadal percaya perkara itu tidak akan berlaku sekiranya anak saudaranya itu sihat dan cergas untuk bermain.
"Rafael sudah berumur 37 tahun. Apa yang saya tahu, kerana saya bercakap dengannya, Rafael mahu kembali dan mahu pulih dengan baik. Dan jika beliau pulih dengan baik, saya rasa beliau akan mahu meneruskan ...
"Kemudian kita akan lihat, kerana beliau perlu mendapatkan keputusan yang tidak mudah, kerana apabila anda kehilangan ranking ia lebih sukar, kerana anda perlu bersaing dengan yang terbaik dengan lebih pantas," katanya kepada portal dalam talian Clay dalam satu wawancara yang diterbitkan pada Isnin.
Nadal yang bergelut dengan masalah pinggul kali terakhir bermain di Terbuka Australia pada Januari.
Beliau baru-baru ini membayangkan 2024 akan menjadi tahun terakhirnya sebagai pemain tenis profesional selepas memutuskan untuk menarik diri daripada Terbuka Perancis.
Pemenang Grand Slam 22 kali itu berada di Akademi Tenis Rafael Nadal di Mallorca dan sedang berusaha untuk kembali ke gelanggang tenis.
Beliau berlatih secara fizikal, menurut Toni Nadal, "tetapi masih tidak boleh berlatih tenis."
"Doktor menasihatkannya supaya tidak berbuat demikian sementara menunggu pulih sepenuhnya. Dalam tempoh sebulan, beliau akan dapat memulakan latihan di gelanggang tenis," katanya.
-- BERNAMA