Nadal tewaskan Medvedev sekali lagi
Sinar Harian
Februari 26, 2022 04:20 MYT
Februari 26, 2022 04:20 MYT
JUARA Terbuka Australia, Rafael Nadal menewaskan pemain nombor satu dunia baharu Daniil Medvedev 6-3, 6-3 dalam perlawanan ulangan kejuaraan Melbourne tersebut untuk mara ke final Terbuka Mexico di Acapulco pada Sabtu.
Nadal yang terpaksa bangkit daripada ketinggalan dua set dalam pertemuan di Melbourne Park pada Januari lalu sebelum ini untuk merangkul rekod kejuaraan Grand Slam ke-21 lelaki, namun pemain Sepanyol itu memulakan permainan dengan pantas di Mexico.
Kemenangan pemain nombor lima dunia itu membolehkannya berdepan pemain nombor satu Britain, Cameron Norrie yang juga pilihan keenam pada perlawanan akhir yang sebelum itu menewaskan pemain nombor empat dunia Stefanos Tsitsipas 6-4, 6-4 dalam masa sejam 18 minit.
“Sejujurnya sangat sukar apabila Daniil bermain dengan sangat agresif pada set kedua, namun tuah menyebelahi saya untuk memenangi set itu kerana dia mempunyai begitu banyak peluang.
"Sungguh menakjubkan untuk menang menentang pemain nombor satu dunia seterusnya mara ke pentas final.
“Norrie pula banyak meningkat tahun ini. Kami berada di final kejohanan di Acapulco, jadi anda tidak boleh mengharapkan lawan yang mudah.
"Ia akan menjadi satu cabaran, namun saya teruja untuk berdepan dia,” ujar Nadal.
*Berita asal di Sinar Harian