Nadal kembali beraksi di Kejohanan Terbuka Chile
Astro Awani
Februari 3, 2013 21:25 MYT
Februari 3, 2013 21:25 MYT
Bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal akan kembali ke gelanggang minggu depan dengan menyertai Kejohanan Terbuka Chile.
Bekas pemain nombor satu dunia dan juara 11 kali Grand Slam itu tidak bermain sejak Kejohanan Wimbledon Jun lalu.
Ketika itu, Nadal ditimpa kecederaan selepas tewas kepada Lukas Rasol di pusingan kedua.
Rehat selama lapan bulan kerana cedera pada lutut kiri, Nadal tidak meletakkan sasaran tinggi dalam penampilannya di Chile.
Bagaimanapun, beliau berharap mampu untuk bangkit dan kembali berada di pretasi cemerlangnya sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Nadal menyatakan sokongannya terhadap ujian doping diwujudkan kepada pemain-pemain tenis.