Nadal buka langkah kanan, mara ke separuh akhir

Astro Awani
November 16, 2020 08:13 MYT
Aksi Rafael Nadal ketika bermain menentang Andrey Rublev pada hari pertama Final ATP di The O2 Arena, London, 15 Nov, 2020. (Foto AP)
BINTANG tenis Rafael Nadal menang dalam peringkat kumpulan Final ATP yang melayakkannya ke peringkat separuh akhir.
Dalam aksi yang berlangsung di stadium tertutup The O2 Arena, London, Nadal berjaya mengalahkan pemain Rusia, Andrey Rublev 6-3 6-4.
Pemerhati sukan melihat Nadal berdepan detik sukar untuk ke separuh akhir ini dengan penampilan sulung Rublev memberi saingan hebat.
Bagi pusingan separuh akhir, beliau juga bakal berdepan juara tahun lalu Stefanos Tsitsipas dan dua pemenang final Grand Slam yang lain.
Pemain nombor dua dunia itu menjalani latihan secara klinikal dan melengkapkan kemenangan dalam pertandingan pembukaan pusingan Robin di Robin Group dalam tempoh 77 minit.
Pada perlawanan sebelumnya, juara terbuka Amerika Syarikat, Dominic Thiem menewaskan Tsitsipas.
#Rafael Nadal #tenis #final ATP #London #Amerika Syarikat #Rusia #sukan #Andrey Rublev
;