Musiala bantu Bayern bangkit atasi Mainz

Astro Arena
Disember 12, 2021 08:37 MYT
Jamal Musiala (kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan Bundesliga antara Bayern Munich dan FSV Mainz 05 di Allianz Arena, Munich, Jerman, 11 Dis, 2021. (Foto AP)
JULIAN Nagelsmann meraih kemenangan ke-100 dalam aksi Bundesliga selepas jaringan Jamal Musiala melengkapkan kemenangan 2-1 Bayern Munich ke atas Mainz.
Mungkin masih lagi meraikan kemenangan aksi Liga Juara-Juara ke atas Barcelona, Bayern -- tanpa beberapa pemain utama -- jauh daripada prestasi terbaik mereka semalam.
Kingsley Coman bertindak cemerlang selepas menafikan jaringan pembukaan Karim Onisiwo, selepas Mainz gagal menyerap tekanan yang dilancarkan pemain lawan.
Juara bertahan itu ternyata berada di tahap tersendiri selepas Musiala melengkapkan kemenangan mereka pada minit ke-74 sekali gus membenarkan Bayern kekal di puncak liga dengan berkelebihan enam mata ke atas pencabar terdekat, Borussia Dortmund.
#Bayern Munich #Jamal Musiala #Mainz #Bundesliga
;