Muguruza ketepikan cabaran Venus untuk rangkul kejuaraan tenis Wimbledon
Agensi
Julai 15, 2017 00:02 MYT
Julai 15, 2017 00:02 MYT
Jaguh tenis Sepanyol, Garbine Muguruza berjaya meraih kejuaraan Wimbledon sulungnya pada Sabtu dengan kemenangan straight sets 7-5, 6-0 keatas pemain Amerika Syarikat, Venus Williams, sekaligus menamatkan impian Venus yang berusia 37 tahun itu.
Selepas berbalas permainan yang sengit, Muguruza berjaya mencari ruang untuk memenangi sembilan games berturut-turut untuk merangkul gelaran grand slam peribadi keduanya.
Tahun lalu pemain kelahiran Venezuela itu memenangi Terbuka Perancis.
Meraikan kejayaannya, pemain pilihan ke 14 itu rebah di gelanggang selepas menang dalam tempoh satu jam 17 minit.
Ini juga adalah final kedua buatnya di Wimbledon dimana kali pertama dia kalah kepada adik Venus, Serena pada tahun 2015.