MTBC sasar pembangunan pemain boling remaja

Astro Awani
Disember 18, 2012 07:51 MYT
Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) meletakkan sasaran untuk mempertingkatkan pembangunan pemain boling remaja.
Menurut presidennya Datuk PS Nathan ia bertujuan melahirkan lebih ramai pemain pelapis yang mampu mengalas cabaran negara dalam sukan tersebut.
Tambah PS Nathan, dengan mempertingkatkan latihan pemain pelapis, ia mampu memberikan pasukan boling negara lebih ramai pemain berbakat.
Tegasnya, pihak MTBC meletakkan sasaran untuk melahirkan juara bukan sahaja di peringkat Asia tetapi di peringkat dunia.
Sementara itu, pihaknya akan meningkatkan formula latihan dalam usaha mengekalkan momentum pasukan boling negara sebagai pasukan terbaik dunia.
Jelasnya ia sebagai persediaan menghadapi beberapa kejohanan besar tahun depan antaranya kejohanan dunia WTBA Amerika Syarikat.
#Datuk PS Nathan #Kongres Tenpin Boling Malaysia
;