MSN putuskan rayuan Jaganathan selepas Tahun Baharu Cina

Bernama
Januari 20, 2022 06:58 MYT
Mohamad Ridzuan meraikan kejayaannya bersama Jaganathan dalam acara akhir Lompat Jauh kategori lelaki T36 sempena Temasya Sukan Para Asia 2018 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, 11 Okt 2018. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rayuan Ketua Jurulatih Skuad Olahraga Para Kebangsaan, R Jaganathan bakal diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Olahraga Para Malaysia selepas sambutan Tahun Baharu Cina, bulan depan.
MSN menerusi catatan di Twitter memaklumkan jurulatih yang melahirkan beberapa jaguh olahraga, khususnya pelari pecut para Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi sehingga muncul Juara Paralimpik dan Kejohanan Dunia Para itu telah mengemukakan rayuan untuk terus kekal bersama skuad itu.
"Jaganathan telah bersetuju bahawa khidmatnya adalah sehingga berakhir Sukan Paralimpik Tokyo 2020. MSN telah pun sebelum ini memilih beberapa jurulatih selaku anak didik kepadanya dengan matlamat menggantikan beliau untuk tempoh jangka panjang.
"Beliau bagaimanapun telah mengemukakan rayuan untuk terus kekal dan rayuan itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat JKK selepas sambutan Tahun Baharu Cina," menurut ciapan MSN di akaun Twitter rasminya.
Ciapan itu sebagai respons kepada reaksi Mohamad Ridzuan, yang tidak dapat menahan sebak apabila ditanya mengenai nasib jurulatihnya ketika temu bual bersama sebuah stesen televisyen berbayar pada Rabu.
TONTON: Ridzuan Puzi sedih jika R. Jeganathan tidak lagi jadi jurulatihnya

Apa yang berlaku? Kenapa Dikwan sebak?! Apa pun semoga @pridzuan36 tabah hadapi apa jua cabaran mendatang. Malaysian are all behind you Ikuti laporan penuh bersama @syennn__ di Nadi Arena jam 7.30 malam ini. pic.twitter.com/K87RQVHPP9

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hubungan rapat antara jurulatih dan pelari pecut yang lebih dikenali sebagai "Dik Wan" sememangnya diketahui ramai, dengan atlet kelahiran Perlis itu berjaya muncul Juara 100 meter T36 (palsi serebrum) Paralimpik Rio 2016 dan Kejohanan Dunia 2015 di Doha, selain perak dan gangsa edisi 2017 dan 2019.
Sementara itu, Presiden Persatuan Olahraga Para Malaysia Mohd Zarrawi Ravi Abdullah ketika dihubungi Bernama, enggan mengulas mengenai perkara itu.
"Saya baru sahaja pulang selepas menunaikan umrah, saya tidak tahu apa perkembangan semasa. Saya tidak boleh memberikan komen," katanya.

Coach Jeganathan bagaimanapun telah mengemukakan rayuan untuk terus kekal dan rayuan itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja selepas sambutan Tahun Baru Cina.

— MSN MALAYSIA (@MSNMALAYSIA) January 20, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Coach Jeganathan telah bersetuju bahawa khidmatnya adalah sehingga berakhirnya Sukan Paralimpik Tokyo 2020. MSN telah pun sebelum ini memilih beberapa jurulatih selaku protege kepadanya dengan matlamat menggantikan beliau untuk tempoh jangka panjang. https://t.co/iP4QTCc4EH

— MSN MALAYSIA (@MSNMALAYSIA) January 20, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Difahamkan, MSN belum membuat keputusan sama ada mahu melanjutkan kontrak Jaganathan, 64, yang tamat pada hujung tahun lepas kerana faktor usianya yang melepasi 60 tahun.
Jaganathan yang pada awalnya melatih atlet normal, termasuk M. Ramachandran - bekas pelari jarak sederhana dan pemegang rekod kebangsaan dalam acara 5,000m dan 10,000m untuk tempoh lebih dua dekad sebelum mengambil tugas melatih skuad para pada 2001.
-- BERNAMA
#ketua jurulatih #R Jaganathan #MSN #Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi
;