MSN akan jelaskan kenapa taekwondo digugurkan - Faizal Azumu

Muhafandi Muhamad
Ogos 22, 2022 12:00 MYT
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, keputusan penguguran itu merupakan keputusan bersama dengan pihak berkaitan termasuk Exco Sukan Negeri seluruh negara. - Astro AWANI
KOTA BHARU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil berat teguran dan pandangan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Openg berhubung penguguran acara taekwondo dalam Sukan Malaysia.
Bagaimanapun menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, keputusan penguguran itu merupakan keputusan bersama dengan pihak berkaitan termasuk Exco Sukan Negeri seluruh negara.
"Pihak MSN akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu. Apa yang ingin saya sampaikan bahawa KBS melalui MSN mengambil berat setiap pandangan dan teguran dari Ketua Menteri Sarawak dan memberi perhatian khusus.
"Namun saya percaya ada jawapan perkara tersebut dan tentunya saya dan juga pentadbiran tertinggi KBS dan MSN tidak akan menganaktirikan mana-mana sukan sekalipun namun ada perkara yang boleh kita bagi penerangan mengapa perkara itu terpaksa dibuat," katanya.
Ahmad Faizal berkata demikan ketika diminta mengulas mengenai penguguran acara taekwondo dalam Sukan Malaysia (SUKMA).
Penguguran itu turut mendapat reaksi Premier Sarawak yang kecewa dengan keputusan tersebut.
Menurut Ahmad Faizal lagi, pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut hari ini.
Jelasnya lagi, pihak berkaitan mempunyai alasan mengenai tindakan itu yang mana penjelasan berhubung isu itu akan dimaklumkan.
#taekwondo #Sukan Malaysia #Ahmad Faizal Azumu #MSN
;