MPL: Badi kerusi merah?

Astro Awani
April 14, 2018 14:09 MYT
Victor Lin Jin Shun (kiri) daripada pasukan IDNS SG menggunakan hero tank Johnson dengan menggunakan skil ketiga Rapid Touchdown untuk mengejar dan memegunkan hero-hero daripada MyA. - Foto Facebook / Mobile Legends
KUALA LUMPUR: Turut mengikuti langkah AirAsia Saiyan dan Mysterious Assassins (MyA) ke peringkat upper bracket Liga Profesional Mobile Legends (MPL) adalah dua pasukan gergasi Singapura IDonotsleep (IDNS SG) dan Tyrants.
Mereka menepati ramalan untuk berada di peringkat upper bracket itu selepas masing-masing menewaskan MyA III dan Team Eksdi.
Meskipun tiada kehadiran dua pemain dalam aksi di Bandar Utama, Petaling Jaya, IDNS terus memastikan mereka kekal berkomunikasi menerusi atas talian bagi memberikan persembahan yang terbaik.
Terutama aksi cemerlang Mr Vi (Victor Lin Jin Shun) sebagai kapten dan pengguna hero tank Johnson yang sangat tepat melakukan ramalan untuk menghidu kedudukan pemain MyAIII dengan menggunakan skil Rapid Touchdown.
Bagi Tyrants yang kini berada di kedudukan ketiga liga MPL menggunakan kesempatan ketiadaan pemain lagenda Unta (Dzulhakkim Abd Rasid) daripada pasukan Team Eksdi.
Mereka layak ke Upper Bracket selepas menewaskan Team Eksdi 2-0.
Berikutan kekalahan Team Eksdi, MyA III, MCB dan Lourve SG ada dalam kalangan peminat yang membuat andaian lucu mengenai punca keempat-empat pasukan tersebut tewas.
Ada yang menyifatkan ia adalah berpunca daripada badi kerusi merah, yang diduduki pasukan-pasukan itu ketika perlawanan berlangsung.
Bagaimanapun, andaian tersebut mungkin sekadar kebetulan memandangkan kekuatan mental, strategi meta yang baik serta persefahaman dan kerjasama pasukan menjadi kunci utama kejayaan sesebuah pasukan.
Pusingan penentu MPL yang berlangsung sejak semalam sehingga esok menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM230,0000 dan juara akan membawa pulang hampir separuh dari nilai itu iaitu RM110,000.
#idns #Mobile Legends #mpl #IDNS SG #Tyrants
;