Mourinho terima hukuman 12 bulan penjara
Astro Awani
Februari 6, 2019 09:53 MYT
Februari 6, 2019 09:53 MYT
JOSE MOURINHO dijatuhkan hukuman satu tahun penjara oleh pihak berkuasa Sepanyol atas kesalahan menipu cukai pendapatan.
Bekas pengurus Real Madrid itu didakwa gagal mengisytiharkan antara hasil pendapatannya pada tahun 2004, dalam pulangan cukainya pada 2011 dan 2012 dengan matlamat mendapatkan keuntungan tidak sah.
Walaupun begitu, Mourinho tidak akan menjalani hukuman penjara setelah peguamnya dan kementerian cukai Sepanyol bersetuju untuk menukar hukuman penjara 12 bulan dengan denda harian sebanyak 250 Euro (RM1,162) selama 24 bulan, bersamaan 182,500 Euro (RM848,800).
Selain itu, Mourinho turut dikenakan saman berjumlah 1.9 juta Euro (RM8.834 juta).
December lalu, Mourinho dipecat dari kelab Manchester United selepas kelab liga perdana itu mencapai musim permulaan yang paling teruk dalam 28 tahun.