Mourinho puji mentaliti yang dimiliki Mkhitaryan
Astro Arena
Disember 9, 2016 09:59 MYT
Disember 9, 2016 09:59 MYT
JOSE Mourinho memuji mentaliti yang dimiliki oleh Henrikh Mkhitaryan selepas gol solo cantiknya awal pagi tadi yang menyaksikan kemenangan United 2-0 ke atas Zorya sambil menekankan pemain kelahiran Armenia itu telah mengubah nasib Manchester United.
Mkhitaryan melalui tempoh-tempoh yang sukar beberapa bulan sebelum ini dengan perpindahan yang mahal dari Borussia Dortmund pada bulan Julai lalu dan aksi yang kurang memberangsangkan ketika kekalahan dalam perlawanan derby September lalu kepada Manchester City menyebabkan dia tidak menjadi pilihan.
Dia tidak disenaraikan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (BPL), sehingga perlawanan menentang Everton pada 4 Disember lalu yang menyaksikan United mencatatkan keputusan seri 1-1, dan dia berjaya untuk mendapatkan tempat pada perlawanan Liga Europah awal pagi tadi menentang Zorya dan dia berjaya memecah kebuntuan jaringan dengan usaha yang menakjubkan.
"Dia mempunyai mentaliti yang kuat," kata Mourinho. "Dia mempunyai azam yang tinggu untuk melawan situasi sukar yang dialaminya dan dia melakukannya dengan cara yang terbaik.
"Dia bekerja keras secara fizikal, taktikal, dan kita semua tahu dia mempunyai bakat - bakat yang kami sedar kenapa kami membelinya.
"Dia berjuang untuk memperbaiki dirinya dan kini dia bermain baik dalam BPL, Liga Europa dan Piala EFL, dan dia telah menunjukkan perkembangan yang mengembirakan untuk dirinya, jadi saya sangat gembira."
Beberapa situasi tegang berlaku di tempat duduk penonton dengan penyokon Zorya mencuri banner United, juga kemudian melempar suar ke dalam padang berhampiran Sergio Romero, tetapi Mourinho menggesa UEFA untuk tidak menghukum kelab Ukraine itu.
"Sokongan yang diberikan begitu indah dan mereka [peminat Zorya] tidak perlu berbuat demikian [membaling suar] untuk menambah keindahan tersebut," katanya. Untuk penjaga gol ia sangat berbahaya.
"Stadium ini cantik, penyokong dan peminat United juga baik. Tetapi mungkin UEFA tidak berpuas hati dan akan mengenakan tindakan kepada Zorya, yang saya fikirkan Zorya tidak berhak untuk menerimanya."