Mourinho dakwa pengadil Serie A sabotaj Roma

Astro Arena
April 19, 2022 11:57 MYT
Jose Mourinho memerhatikan gelagat pemain ketika perlawanan Serie A antara Napoli dan Roma di stadium Diego Armando Maradona, Naples, 18 April 2022. (Foto AP)
NAPOLI 1 ROMA 1
Jose Mourinho malu dengan tindakan pengadil ketika Roma terikat 1-1 di Napoli dalam perlawanan Serie A awal pagi tadi dan percaya tuan rumah sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti dan seorang pemain lawan patut dibuang padang.
Mourinho juga berpendapat pengadil lebih memihak pasukan yang sedang memburu gelaran liga Serie A itu selepas memerlukan gol minit terakhir Stephan El Shaarawy untuk memastikan Giallorossi tidak berputih mata.
Roma ketinggalan sepanjang 80 minit di Naples selepas Lorenzo Insigne menyumbat sepakan penalti kelapannya musim ini, jumlah tertinggi dalam kalangan pemain lima liga utama Eropah musim ini.
Begitupun, jaringan El Shaarawy pada minit ke-91 membolehkan Roma mengekori Juventus yang berada di tangga keempat dengan lima mata dan ia juga mewakili gol ketiga pemain sayap itu di penghujung perlawanan Serie A.
Mourinho, bagaimanapun, meluahkan kekecewaannya terhadap pengadil.
“Ada pasukan yang beraksi untuk memenangi Scudetto tapi kami tidak,” katanya kepada DAZN.
“Tetapi kami masih mempunyai hak untuk berusaha memenangi perlawanan ini tanpa mengira lawan yang kami hadapi, sama ada pasukan yang merebut Scudetto mahupun yang sudah tersingkir.

3 - Stephan El Shaarawy has scored all his 3 goals in this campaign from the 90th minute onwards; he has netted the most goals (3) in this period of play in the Serie A 21/22. Providence. #NapoliRoma pic.twitter.com/L9Cydl7jP6

— OptaPaolo (@OptaPaolo) April 18, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Hari ini nampaknya kami tidak mempunyai hak beraksi untuk menang.
"Keputusan VAR (video bantuan pengadil) daripada Di Paolo, lebih-lebih Di Bello membuatkan saya berasa malu untuk sekurang-kurangnya dua kali, kad merah terhadap pertahanan Napoli, Alessandro Zanoli, yang tidak diberikan selain sepakan penalti yang tidak memihak (penyerang Roma) Nicolo Zaniolo.
"Nasib baik pengadil tidak menemui sebarang alasan untuk membatalkannya gol penyamaan kami. Tetapi cukuplah, saya mahukan sedikit penghormatan.
"Malangnya, kami tidak beraksi bagus pada awal musim ini jadi sekarang kami tidak dapat bersaing untuk Scudetto, tetapi saya masih menuntut diberikan hak untuk memenangi perlawanan."
#Jose Mourinho #sabotaj #pengadil #Serie A
;