MotoGP: Rins tidak percaya raih kemenangan pertama

Astro Arena
Oktober 19, 2020 11:41 MYT
Alex Rins meraikan kejayaan di podium selepas memenangi MotoGP Aragon di Litar Motorland, Alcaniz, Sepanyol, 18 Okt, 2020. (Foto AP)
ALEX Rins mendedahkan perasaan yang menakjubkan selepas pelumba Suzuki Ecstar itu meraih kemenangan pertama dalam saingan MotoGP bagi musim 2020 semalam.
Rins mengatasi Maverick Vinales dengan berbaki 16 pusingan di Grand Prix Aragon, dan bertahan ketika diberi tekanan oleh Alex Marquez untuk bergelar juara.
Joan Mir di tangga ketiga, melonjak ke puncak saingan perlumbaan, dengan Fabio Quartararo jatuh daripada petak pertama hingga ke-18.
"Menakjubkan, sukar untuk dipercayai," kata Rins. "Sejak permulaan perlumbaan, saya cuba kekal tenang, saya berasakan ia merupakan perkara yang tidak seharusnya dilakukan!
"Saya bermula baik, kemudian saya berada di belakang Maverick, saya mula berfikir lagi.
"Saya telah berusaha, mengambil risiko. Petak pertama ini adalah untuk peminat yang sentiasa datang ke Aragon, untuk pasukan saya dan semua orang."

Your #AragonGP podium: @Rins42 @alexmarquez73 @JoanMirOfficial #MotoGP pic.twitter.com/KAdYblLl77

— MotoGP (@MotoGP) October 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Marquez -- adik kepada juara dunia enam kali Marc -- meraih tempat kedua buat kali kedua, namun dia hampir merampas kemenangan pertama MotoGP jika tidak hampir terjauh ketika berbaki tiga pusingan lagi.
"Sejujurnya, saya tidak menjangkakan akan kembali ke podium, selepas bermula dari P11.
"Saya cuba melakukan yang terbaik, daripada permulaan dan pada penghujung saingan, saya merupakan salah seorang pelumba yang memastikan keadaan tayar dalam keadaan yang baik.
"Banyak lagi perlu diusahakan, tetapi saya gembira kembali ke podium buat kali kedua berturut-turut."
#Alex Rins #pelumba #Grand Prix Aragon #Suzuki Ecstar #kemenangan pertama #MotoGP #alex marquez #maverick vinales #Joan Mir #fabio quartararo #sepanyol
;