MotoGP: Penjualan tiket capai 85 peratus!

Astro Arena
November 9, 2023 05:30 MYT
Saat dinanti-nantikan peminat sukan permotoran, Kejuaraan MotoGP Grand Prix Malaysia 2023 kembali menggegar Litar Antarabangsa Sepang.
KETUA Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif berkata penjualan tiket telah mencapai 85 peratus dan kini bakinya masih lagi terjual.
Menurut Shafriman, walau dengan cuaca kurang baik, persediaan lebih awal yang telah dilakukan disokong pula dengan sambutan hangat oleh para peminat sukan permotoran menyaksikan edisi kali ini lebih meriah berbanding edisi lalu.
Tambahnya lagi, pihak SIC sudah mula mengorak langkah untuk memperbanyakkan lagi pelumba Malaysia beraksi dalam perlumbaan bertaraf dunia ini.
Saat dinanti-nantikan peminat sukan permotoran, Kejuaraan MotoGP Grand Prix Malaysia 2023 kembali menggegar Litar Antarabangsa Sepang.
Kehadiran tiga pelumba negara menggalas misi berbeza sebelum sesi latihan 1 yang akan bermula hari ini!

Menurut Azhan Shafriman Hanif 85 peratus tiket telah terjual menjelang Motor GP Malaysia yang bakal berlangsung pada 10-12 Nov nanti#NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/MyswCI6KHx

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#MotoGP #sukan permotoran #Grand Prix #Litar Antarabangsa Sepang
;