MotoGP: Bastianini peroleh kemenangan sulung di Qatar

Astro Arena
Mac 7, 2022 08:57 MYT
Dari kiri, Brad Binder, Enea Bastianini dan Pol Espargaro bergambar di podium selepas perlawanan MotoGP di Litar Antarabangsa Lusail di Doha, Qatar, 6 Mac 2022. (Foto AP)
ENEA Bastianini memperoleh kemenangan sulung MotoGP yang cemerlang selepas melepasi Pol Espargaro dalam perlumbaan pembukaan musim di GP Qatar.
Espargaro mendahului hampir keseluruhan perlumbaan selepas menyerbu dari tempat keenam ke pertama dalam permulaan yang memberangsangkan, dengan Jorge Martin jatuh dari petak pertama ke tempat kelapan awal.
Bastianini dari Gresini, pendatang baru musim lalu, melengkapkan impian pada awal musim ini, apabila memintas Espargaro dengan baki empat pusingan lagi dan melepasi garisan penamat di hadapan Brad Binder untuk kemenangan pertama pasukannya dalam kelas perdana sejak 2006.
Kemenangan Bastianini di Litar Antarabangsa Lusail mencetuskan adegan emosi, apabila ketua pasukan Gresini, Fausto Gresini meninggal dunia lebih setahun lalu.
Espargaro menamatkan saingan di tempat ketiga manakala Marc Marquez di tempat kelima dan Martin terbabas.

What a way to start the year! Leader for most of the race but 3rd is still a great result for @polespargaro! #MotoGP | #QatarGP pic.twitter.com/vfJBaxfJcE

— MotoGP (@MotoGP) March 6, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#MotoGP #Qatar #Enea Bastianini #Pol Espargaro
;