MotoGP: Bastianini muncul juara di Le Mans

Astro Arena
Mei 16, 2022 08:31 MYT
Enea Bastianini meraikan kejayaan selepas memenangi Grand Prix Perancis di litar Le Mans, Le Mans, Perancis, 15 Mei 2022. (Foto AP)
ENEA Bastianini memperoleh kemenangan besar di Grand Prix Perancis selepas bersaing dengan Francesco Bagnaia yang berakhir terjatuh di penghujung perlumbaan.
Bagnaia bermula di petak pertama bersama rakan pelumba, Ducati, Jack Miller dan mendahului sepanjang perlumbaan.
Bagaimanapun, selepas naik dari tangga kelima, Bastianini memintas Miller dan mula menyaingi Bagnaia di hadapan.
Drama mula tiba pada pusingan ke-21 apabila Bastianini memintas Bagnaia, dan kedua-dua pelumba itu saling memintas.
Keadaan menjadi lebih buruk bagi Bagnaia hanya beberapa pusingan kemudian menyaksikan dia terbabas ketika berusaha untuk mendapatkan semula kedudukannya.
Bagnaia telah menamatkan podium dalam enam daripada 12 perlumbaan MotoGP sebelum ini (lima kemenangan), walaupun tidak mencapainya dalam mana-mana tiga Grand Prixnya di Le Mans dalam kategori teratas, dan aksi cemerlang itu gagal diteruskan kali ini.
Miller menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk sekurang-kurangnya memberikan Ducati sesuatu untuk diceriakan, manakala Aleix Espargaro mengekang cabaran Fabio Quartararo untuk menduduki tempat ketiga.

PUSH LIKE A B... you know the rest @Bestia23 WINS IN LE MANS! #FrenchGP pic.twitter.com/jXuCNKHAKG

— MotoGP (@MotoGP) May 15, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Enea Bastianini #Grand Prix Perancis #Francesco Bagnaia #MotoGP
;