MotoGP: Bagnaia peroleh kemenangan dramatik di Misano
Astro Arena
September 4, 2022 07:00 MYT
September 4, 2022 07:00 MYT
FRANCESCO Bagnaia meraih kemenangan dramatik di Grand Prix San Marino selepas menahan cabaran rakan sepasukan musim hadapan, Enea Bastianini, di Misano.
Perlumbaan ke-14 Kejuaraan Dunia MotoGP menjadi pertikaian antara dua warga Itali itu, yang akan beraksi di Ducati untuk musim 2023.
Namun di sebalik tekanan hebat daripada rakan senegaranya pada beberapa pusingan terakhir, Bagnaia mengekalkan keberanian untuk menang dengan hanya 0.034 saat.
Dalam merapatkan jurang dengan pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo, yang menduduki tempat kelima, kepada 30 mata, Bagnaia menjadi pelumba Ducati pertama memenangi empat perlumbaan berturut-turut.
Maverick Vinales menamatkan podium, manakala Andrea Dovizioso menduduki tempat ke-12 dalam perlumbaan terakhir kerjaya MotoGPnya.