KUALA LUMPUR: UMW Grantt International Sdn Bhd, pengeluar dan pengedar minyak pelincir GRANTT yang juga anak syarikat Kumpulan UMW meneruskan penajaan buat tahun kedua bagi pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah.
Perjanjian penajaan itu telah ditandatangani oleh Pemangku Pengarah Bahagian Pembuatan dan Kejuruteraan UMW Anas Nasrun Mohd Osman dan Hafizh Syahrin pada Selasa.
UMW Grantt International Sdn Bhd dalam satu kenyataan menzahirkan keyakinan penyambungan penajaan buat pelumba NTS RW Racing GP untuk musim 2021 itu akan memberi kelebihan bagi kedua belah pihak, memandangkan ia bukan sahaja menyediakan sokongan kewangan kepada Hafizh Syahrin tetapi secara tidak langsung dapat mempertingkatkan perkembangan sukan permotoran di Malaysia.
Anas Nasrun pula berkata beliau percaya pengalaman dan pencapaian Hafizh Syahrin akan memberikan kelebihan dan daya saing kompetitif kepadanya untuk menjulang nama negara ke peringkat seterusnya dalam Kejohanan Dunia MotoGP.
"Kami sangat teruja kerana dapat bersama mengembangkan industri permotoran di Malaysia. Penajaan ini akan memberikan sokongan penuh kepada penyertaan Hafizh Syahrin untuk bersaing di Kejohanan Moto2 bagi 2021," katanya dalam kenyataan sama.
Menurut kenyataan itu, penajaan berkenaan juga merupakan platform bagi UMW untuk memperkenalkan minyak pelincir GRANTT ke persada antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 27 2021

Anas Nasrun (kiri) dan Hafizh Syahrin pada majlis menandatangani perjanjian penajaan. - Foto UMW Corporation

Apple Watch dengan kamera dijangka hadir seawal 2027
Selain kamera pada AirPods, Apple kini dikatakan turut ingin mengintegrasikan sokongan kamera pada Apple Watch.
PM Thailand diuji usul tak percaya
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, berdepan usul tidak percaya di parlimen, dengan pembangkang mempertikaikan prestasi ekonomi serta pengaruh bapanya, Thaksin.
Uniknya berbuka puasa bersama di dalam talam
Cara berbuka puasa unik di dalam talam yang dianjurkan Majlis Iftar Talam di Masjid Kampung Tualang Tinggi, Pasir Puteh, Kelantan mengimbau iftar yang dahulunya satu budaya dalam masyarakat Melayu Islam. Juadah di dalam talam dibawa sendiri oleh masyarakat kampung ke surau atau masjid untuk berbuka secara beramai-ramai.
Risiko aliran keluar dana asing menjejaskan pasaran Malaysia
Ketua Penyelidikan Pelaburan di UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, menyatakan bahawa situasi ini mendorong pelabur asing untuk memilih mengekalkan dana mereka di pasaran yang memberikan pulangan lebih stabil, berbanding melabur dalam pasaran ekuiti negara membangun seperti Malaysia.

Penyerahan hoverkraf 'Salamander' kepada TDM dijangka Oktober ini
Fasa kedua pula akan membabitkan penyerahan baki empat unit hoverkraf yang dijadualkan pada Oktober 2026.
Paras air di beberapa sungai di Johor melepasi tahap bahaya, amaran
Paras air di beberapa sungai di negeri Johor mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya sehingga jam 5.45 pagi ini, susulan hujan lebat yang berlaku.

Paus Francis seru henti segera pengeboman di Gaza
Beliau turut menyuarakan penghargaan terhadap usaha antarabangsa dalam memupuk dialog bagi mencapai penyelesaian damai.
Ismail Sabri sambung beri keterangan hari ini
Ikuti lintas langsung bersama wartawan Astro AWANI, Asyraf Malik dari Putrajaya mengenai siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
AWANI Ringkas: Amaran MetMalaysia di Kelantan dan Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Cloudflare AI Labyrinth kelirukan bot curi data laman web
AI Labyrinth boleh diaktifkan secara percuma oleh pelanggan Cloudflare.

MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.

MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.

MotoGP: Jorge Martin akhiri musim penuh gaya bergelar juara
Jorge Martin berjaya mengakhiri perlumbaan di podium tertinggi kejuaraan berprestij itu.

Barcelona mungkin anjur perlumbaan kemuncak MotoGP 2024 - Dorna Sports
Ezpeleta berkata mereka sedang berbincang dengan kerajaan Catalonia untuk mengadakan perlumbaan terakhir di lokasi berkenaan.

MotoGP perlumbaan Barcelona agak mencabar - Bagnaia
Pelumba kelahiran Itali itu mengakui cabaran Litar de Catalunya selepas melalui pengalaman terjatuh di litar berkenaan pada Jun lalu.

PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.

Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkemungkinan tidak menganjurkan pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang sepatutnya berlangsung di Valencia.

MotoGP: Khairul Idham Pawi patah tangan kiri, terlepas perlumbaan sebenar esok
Khairul Idham Pawi dan Helmi Azman terlibat dalam kemalangan pada penghujung perlumbaan pusingan kelayakan 1 bagi kelas Moto2 MotoGP Malaysia.

MotoGP: Bagnaia pecahkan rekod sepusingan SIC, duduki petak pertama
Juara Dunia Francesco Bagnaia yang sekali lagi mencatatkan rekod baharu sepusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang.

FIM MiniGP Malaysia: Qabil Irfan sedia gegar Sepang
Walaupun masih berusia 12 tahun, dia optimis dengan latihan yang secukupnya mampu meningkatkan penggalamannya.