Moto2: Hafizh tamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14

Astro Arena
Jun 5, 2017 02:06 MYT
Hafizh kini menduduki tempat ke-14 dalam carta kejuaraan dengan 23 mata, tiga mata dibelakang Lorenzo Baldassari yang menghuni tempat ke-13. - Foto Facebook Official Fan Club Hafizh Syahrin
PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, mengutip tambahan empat mata pada Ahad selepas menduduki tempat ke-12 di Litar Mugello, Itali.
Hafizh menamatkan perlumbaan 16.310 saat dibelakang pemenang, Mattia Pasini, yang mencatat 39 minit 30.974 saat.
Meskipun gagal memperbaiki kedudukan ke-11 minggu lalu di GP Perancis, namun Hafizh -- daripada pasukan Petronas Raceline Malaysia -- tetap memastikan dia mengutip mata berharga selepas memulakan perlumbaan di petak ke-20.
Hafizh kini menduduki tempat ke-14 dalam carta kejuaraan dengan 23 mata, tiga mata dibelakang Lorenzo Baldassari yang menghuni tempat ke-13.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara dalam saingan Moto2, Khairul Idham Pawi daripada pasukan Idemitsu Honda Team Asia, sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-26.
Terdahulu dalam saingan Moto3, Adam Norrodin, turut gagal mengutip sebarang mata selepas menduduki tempat ke-18.
Bagaimanapun, keputusan itu sedikit-sebanyak mengubat kekecewaan pelumba berusia 18 tahun itu selepas gagal memulakan perlumbaan di Litar Le Mans, Perancis minggu lalu.
#Asia #Hafizh Syahrin Abdullah #Honda #Itali #Malaysia #Moto2 #Petronas