Mohamed Salah ikuti rombongan Liverpool ke Amerika Syarikat

Astro Arena
Julai 24, 2024 10:30 MYT
Salah (kiri) mengetuai skuad awal 28 pemain Liverpool untuk jelajah pramusim mereka di Amerika Syarikat. - Foto Astro ARENA
MOHAMED Salah mengetuai skuad awal 28 pemain Liverpool untuk jelajah pramusim mereka di Amerika Syarikat (AS) dalam usaha Arne Slot meneruskan persiapan skuadnya untuk kempen yang akan datang.
Salah, yang menyumbangkan 25 gol dalam 44 penampilan dalam semua kejohanan musim lalu, memilih untuk tidak beraksi bersama Mesir dalam Sukan Olimpik Paris 2024 demi persediaan menghadapi musim baru.
Harvey Elliott, Curtis Jones, dan Jarell Quansah antara nama terkemuka yang tersenarai setelah membuat 74 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah asuhan Jurgen Klopp musim lalu.
Liverpool kehilangan majoriti pemain utama memandangkan EURO 2024 dan Copa America baru selesai dengan 11 orang diberikan cuti panjang.
Bagaimanapun, Dominik Szoboszlai, Andy Robertson dan Vitezslav Jaros kembali daripada percutian biarpun terbabit dalam kempen EURO 2024.
Skuad itu yang terdiri daripada 25 pemain tumpas 0-1 kepada Preston North End minggu lalu.
Anak buah Slot akan beraksi perlawanan di tiga negeri dengan perlawanan pertama membabitkan Real Betis di Pittsburgh, Sabtu ini.
Mereka juga akan berdepan seteru EPL, Manchester United dan Arsenal, sebelum kembali ke Merseyside menjelang perlawanan pembukaan musim ini di Ipswich Town pada 17 Ogos.

Our initial 28-man travelling squad for the Reds pre-season tour of the US pic.twitter.com/37as3Pjaoq

— Liverpool FC (@LFC) July 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Mohamed Salah #Sukan Olimpik Paris 2024 #Liverpool #Amerika Syarikat
;