Mohamad Ridzuan Puzi menang pingat perak acara 100m T36
Astro Awani
Julai 23, 2017 18:44 MYT
Julai 23, 2017 18:44 MYT
Atlet Paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, berjaya memenangi pingat perak dalam acara 100m T36 (cerebral palsy) di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
Pemenang pingat emas Olimpik Rio itu mencatat masa 12.15 saat menyamai masa terbaik beliau dalam acara yang diadakan di Stadium London.
Pingat emas dimenangi Yang Yifei dari China yang mencatat masa 11.93 saat, yang juga merupakan rekod baharu Asia.
Rodrigo Parreira da Silva dari Brazil pula menang pingat gangsa dengan masa 12.28 saat.