Mohamad Norza sah pertahan jawatan Presiden MOM
Bernama
Mac 1, 2025 18:30 MYT
Mac 1, 2025 18:30 MYT
Mohamad Norza menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Majlis Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan majlis menandatangani perjanjian dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) di sini hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2025-2029 pada Mesyuarat Agung Tahunan MOM ke-44 pada 19 April ini.
"Ya, saya akan mempertahankan kerusi presiden," katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangai Perjanjian antara MOM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) di Shang-Ri La di sini hari ini.
Sementara itu, Tan Sri Hamidin Mohd Amin pula enggan memberikan sebarang komen sama ada untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden MOM atau tidak, pada pemilihan kali ini.
Selain dua jawatan tertinggi itu, pemilihan turut terbuka bagi jawatan lima naib presiden, seorang setiausaha agung dan dua penolongnya, selain beberapa lagi kekosongan jawatan.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Norza turut mengumumkan badang negara Mohamad Aniq Kasdan dan perenang negara Khiew Hoe yean sebagai dua penerima pertama Dana Pendidikan atlet MOM masing-masing berjumlah RM10,000 setahun, sehingga tamat pengajian.
-- BERNAMA