Modric perkuat Real Madrid semusim lagi

Astro Arena
Jun 9, 2022 05:32 MYT
Luka Modric (tengah) meraikan gol kedua pasukan bersama rakan-rakan Carlos Casemiro (dua kanan), Eduardo Camavinga (kanan) dan David Alaba (kiri) ketika perlawanan LaLiga antara Real Madrid dan Real Sociedad, 6 Mac 2022. - Foto Astro
LUKA Modric bersetuju untuk melanjutkan eranya yang sarat dengan trofi selama sedekad di Real Madrid dengan menandatangani lanjutan kontrak selama setahun.
Juara Eropah dan LaLiga itu mengesahkan Modric akan kekal di Santiago Bernabeu untuk semusim lagi.
Modric menyertai Los Blancos daripada Tottenham pada Ogos 2012 dan telah membuat lebih 400 penampilan bersama kelab gergasi itu.
Pemain tengah berusia 36 tahun itu memainkan watak utama ketika skuad kendalian Carlo Ancelotti tersebut melengkapkan kejuaraan berganda, Liga Juara-Juara (UCL) dan LaLiga, untuk mencipta gemilang musim 2021-22.

Florentino Pérez @lukamodric10 #RealMadrid | #Modrić2023 pic.twitter.com/f6jc8FA9GB

— Real Madrid C.F. (@realmadriden) June 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Modric -- yang membuat kemunculan ke-150 ketika mengetuai Croatia mengikat Perancis 1-1 dalam Liga Negara-Negara Eropah (UNL) semalam -- telah memenangi lima trofi UCL, tiga gelaran LaLiga selain menjulang Piala Dunia Kelab sebanyak empat kali dan Copa del Rey sekali sepanjang berkelana ke ibu negara Sepanyol itu.
Ketua pasukan Croatia itu juga mempunyai tiga pingat Piala Super Eropah dan menikmati empat kejayaan Supercopa de Espana.
#Luka Modric #Real Madrid #lanjutan kontrak #Croatia