Modric menang anugerah Ballon d'Or 2018
Agensi
Disember 3, 2018 07:37 MYT
Disember 3, 2018 07:37 MYT
Pemain tengah Real Madrid dan Croatia, Luka Modric memenangi Aungerah Ballon d'Or 2018 sekali gus menjadi pemain pertama selain Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo yang pernah menang anugerah itu.
Modric, 33, memenangi Liga Juara-Juara pada Mei sebelum membantu Croatia layak ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018 yang dimenangi Perancis.
Bekas pemain Brazil dan forward AC Milan, Kaka, pada 2007, adalah pemain terakhir selain Messi atau Ronaldo yang memenangi anugerah itu.
Ronaldo, yang menyertai Juventus dari Real Madrid pada musim panas, menjadi pemain kedua terbaik.
Modric turut dinobatkan sebagai pemain lelaki terbaik dunia di Anugerah Fifa dan pemain terbaik pada Piala Dunia bagi anugerah Golden Ball.
Bercakap kepada BBC Sport, Modric mendedikasikan penghargaan tersebut kepada semua pemain lain selepas beliau memecah tradisi kemenangan yang dikuasai Messi dan Ronaldo dalam tempoh 10 tahun.
"Mungkin pada masa lalu terdapat beberapa pemain yang boleh memenangi Ballon d'Or seperti Xavi, Andres Iniesta atau [Wesley] Sneijder tetapi akhirnya kini memilih orang lain sebagai pemenang," katanya.
"Anugerah ini adalah untuk semua pemain yang mungkin layak memenangi dan tidak berjaya memenanginya. Ia adalah tahun yang istimewa untuk saya.
"Sukar untuk saya gambarkan apa yang bermain di fikiran dan perasaan saya dengan kata-kata," katanya sambil menyifatkan Ronaldo dan Messi sebagai 'pemain luar biasa'
Modric berkata, beliau sudah melakukan sesuatu yang sangat istimewa di atas padang tahun ini.