Model seksi Itali teman baru Cristiano Ronaldo

Madiha Abdullah
Mei 25, 2015 09:26 MYT
Cristiano (gambar) dan Alessia dilaporkan berkenalan selepas bekerjasama untuk iklan Armani Exchange. - Gambar Fail
Bergelar bintang bola sepak terkenal seperti Cristiano Ronaldo, anda tak perlu menunggu lama untuk mendapatkan pengganti.
Khabar terbaru adalah bintang Real Madrid itu kini sedang berpacaran dengan model dan aktres terkenal di Itali, Alessia Tedeschi.
Rahsia mereka terbongkar apabila Alessia terbang ke Sepanyol semata-mata untuk menyaksikan perlawanan antara Real Madrid dan Juventus.
Pasangan ini dilaporkan berkenalan selepas mereka bekerjasama untuk iklan Armani Exchange.

EXCLUSIVE PICS: This is Ronaldo latest striker... http://t.co/2P1LAi6hRy pic.twitter.com/3d1uX3rWUr

— The Sun (@TheSunNewspaper) May 24, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Some photos of Cristiano's new girlfriend, Alessia Tedeschi pic.twitter.com/0O6U2qARlZ

— Real Madrid (@RMadrid4ever_10) May 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Biarpun kedua-duanya belum mengesahkan hubungan mereka, namun sumber terdekat memberitahu mereka menghabiskan banyak masa bersama di Madrid.
Semalam, kelibat Alessia turut dilihat di Monaco, di mana Ronaldo mengadakan sesi fotografi bersama model Cara Delevigne.
Hubungan Ronaldo dan model Russia, Irina Shayk yang berlangsung selama lima tahun, berakhir Januari lalu.
#Cristiano Ronaldo #Real Madrid