Mobile Legends: Selepas dilanda drama, akhirnya AirAsia Saiyan layak ke separuh akhir

Mariah Ahmad
Julai 28, 2018 00:18 MYT
Pasukan Malaysia 'AirAsia Saiyan' akhirnya layak ke pusingan separuh akhir Piala Asia Tenggara selepas dilanda drama sejak hari pertama kejohanan itu berlangsung.
Pasukan Malaysia 'AirAsia Saiyan' akhirnya layak ke pusingan separuh akhir Piala Asia Tenggara selepas dilanda drama sejak hari pertama kejohanan itu berlangsung.
Perkara itu disahkan Pengurus Besar AirAsia Saiyan, Jeffery Chan, kepada Astro AWANI selepas selesai pertemuan enam mata antara pihaknya, pasukan Indonesia 'Aerowolf Pro Team' dan pihak penganjur Revival TV serta penerbit permainan video mudah alih tersebut, Moonton.
"Moonton berkata mereka perlu mengikut kontrak yang telah ditandatangani pemain sebelum ini iaitu memilih pasukan yang mepunyai mata KDA (Kill-Death-Assists) yang lebih tinggi jika terdapat dua pasukan yang seri dalam peringkat kumpulan untuk layak ke pusingan separuh akhir.
"AirAsia Saiyan mendapat mata KDA lebih tinggi berbanding Aerowolf Pro Team dan mereka sepatutnya layak ke separuh akhir.
"Namun terdapat beberapa dakwaan sebelum ini pihak penganjur yang dilihat tidak membolehkan AirAsia Saiyan mara ke pusingan seterusnya. Kami puas hati apabila Moonton membuat keputusan untuk membenarkan kami ke pusingan separuh akhir," katanya ketika ditemui di ruang legar Dewan B3 Jakarta International Expo (JIEXPO) di sini, Sabtu malam.
#airasia saiyan #Jeffery Chan #Mobile Legends
;