Mobile Legends: Maruah AirAsia Saiyan tercalar

Mariah Ahmad
Ogos 8, 2018 16:45 MYT
AirAsia Saiyan merupakan wakil tunggal daripada Malaysia bagi bersaing dengan sembilan kumpulan terbaik Asia Tenggara yang lain untuk merebut gelaran yang terbaik di rantau ini. - Foto Astro AWANI
“MARUAH kami sudah tercalar. Maruah kami seperti ‘dicakar-cakar’.
“Tiada langsung keprihatinanan terhadap kami. Tiada penghormatan dan integriti untuk kami,".
Itu luahan kekesalan kapten pasukan Mobile Legends AirAsia Saiyan, Ahmad Fuad Razali (Fredo) apabila mereka terpaksa membuat keputusan untuk menarik diri daripada Piala Asia Tenggara pada 28 Julai lalu.
Meskipun ‘drama’ sudah berlalu hampir dua minggu lalu, pastinya kesan kesilapan yang didakwa dilakukan penganjur kejohanan itu memberi impak mendalam kepada AirAsia Saiyan.
BACA: "Ini pengajaran besar kami" - RevivaLTV
Ikuti temu bual eksklusif Astro AWANI menerusi rancangan e-sukan Galaxy Gamerz, untuk mendengar luahan pemain-pemain AirAsia Saiyan ini:
Galaxy Gamerz: Maruah AirAsia Saiyan
#Ahmad Fuad Razali #airasia saiyan #drama #Fredo #galaxy gamerz #Mobile Legends #mobile legends south east asia cup #MSC
;