Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Astro Arena
Februari 23, 2025 21:43 MYT
Februari 23, 2025 21:43 MYT
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.
PERMAINAN sukan elektronik (e-sukan) Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) secara rasminya akan dipertandingkan buat pertama kali sebagai acara pingat di Sukan Asia 2026.
Edisi sukan paling berprestij di Asia kali ke-20 itu bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.
Untuk rekod, MLBB turut bakal dipertandingkan sebagai acara pingat di Sukan SEA 2025 di Thailand seperti ketika pada edisi lalu di Kemboja dengan dua pingat bakal menjadi rebutan.
Skuad negara meraih pingat perak (lelaki) dan gangsa (wanita) ketika edisi di Kemboja pada tahun 2023.