MMA: Tempoh penggantungan Khabib, McGregor dilanjutkan

Agensi
Oktober 26, 2018 21:13 MYT
McGregor dan Khabib, masing-masing telah digantung sementara oleh NSAC pada 13 Oktober lalu gara-gara kekecohan pada kejohanan tersebut. - Gambar fail/AP
TEMPOH penggantungan dua jaguh seni bela diri (MMA) Conor McGregor dan Khabib Nurmagomedov telah dilanjutkan susulan insiden pergaduhan yang berlaku selepas pertarungan UFC 229, 7 Oktober lalu.
Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC) sebulat suara menetapkan keputusan tersebut selepas mengadakan mesyuarat pada Rabu.
NSAC turut turut menahan separuh daripada hadiah wang kemenangan Khabib berjumlah AS$2 juta (RM8.4 juta) sementara menunggu sesi pendengaran Disember depan.
"Saya rasa separuh pun sudah cukup, untuk berikan AS$1 juta dolar. Itu sudah boleh membiayai segala perbelanjaan, memberi sedikit wang kepadanya.," kata Pengerusi NSAC, Anthony Marnell semasa mesyuarat.
McGregor dan Khabib, masing-masing telah digantung sementara oleh NSAC pada 13 Oktober lalu gara-gara kekecohan pada kejohanan tersebut.
Pertarungan yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat itu menyaksikan McGregor ditewaskan menerusi 'submission' (kuncian) 'pada minit 3.03 pusingan keempat.
BACA: MMA: Khabib tundukkan McGregor, 'mengamuk' di UFC 229
McGregor yang kembali ke Octagon selepas hampir dua tahun tidak beraksi, gagal merampas takhta kejuaraan lightweight dunia UFC dari Khabib.
Keputusan itu juga melebarkan rekod kemenangan Khabib kepada 27-0.
#Anthony Marnell #Conor McGregor #Khabib Nurmagomedov #MMA #NSAC #penggantungan #Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada #UFC #UFC 229
;