MMA: Pertarungan adik-beradik di MIMMA3 jadi perhatian

Haider Yutim
September 5, 2015 22:25 MYT
Pertarungan adik-beradik di antara Naimul Amal Othman dan Dhiaul Amal Othman yang menyaksikan kemenangan kepada adik. - Foto Facebook MIMMA
Seramai 18 jaguh seni mempertahankan diri campuran (MMA) hari ini berentap bagi merebut tempat ke ‘Grand Finals’ Malaysian Invasion Mixed Martial Arts Fighting Championship musim ke-3 (MIMMA3).
Acara tahunan itu menyaksikan peserta-peserta amatur MMA tempatan bertarung sejak Februari lalu untuk menempah tiket ke kejuaraan musim ini.
Pemenang-pemenang bagi peringkat ‘Contender Fight’ hari ini bakal bertarung dengan juara musim lalu dalam peringkat Grand Finals nanti.
Di media sosial khususnya Twitter, hashtag #MIMMA3 turut menjadi trending petang tadi.
Rata-rata peminat sukan lasak tanah air teruja dengan kejohanan tersebut yang berlangsung di Paradigm Mall sejak tengah hari hingga 8 malam.
Antara pertarungan yang mendapat perhatian peminat ialah pertarungan ‘adik-beradik’ di antara Naimul Amal Othman dan Dhiaul Amal Othman.
Ia menyaksikan kemenangan kepada si adik, iaitu Dhiaul menerusi kuncian armbar.

This was the contender fight between two brothers at #MIMMA3 what an amazing fight. #MMA pic.twitter.com/mEJArxEIqW

— dana blouin (@danablouin) September 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

That was an emotional fight between the brothers. Adik menang! #TeamAdik #MIMMA3

— Little Monster (@AinaAzizi) September 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, kejohanan MIMMA3 turut mendapat perhatian peminat MMA luar negara.

Watching amateur Malaysian MMA, I am truly through the looking glass here people #MIMMA3

— Ryan O Connor (@ryanoconnor12) September 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, pertarungan kategori wanita antara Samantha Tan dan Joanna Yap, dan pertarungan kategori heavyweight antara Niker Tan dan Tham Yaw Kent turut mendapat sambutan hangat.
Kedua-dua pertarungan itu menyaksikan kemenangan berpihak kepada Joanna dan Niker Tan.
Kejohanan MIMMA Grand Finals musim ke-3 bakal diadakan 10 September ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.
MIMMA merupakan cetusan idea Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bersama Ketua Pengarah Eksekutif Tune Talk, Jason Lo, dan merupakan kejohanan MMA amatur terbesar di Asia ketika ini.
Mereka sebelum ini juga pernah bekerjasama menubuhkan rancangan realiti bolasepak popular tempatan, 'My Team'.
#MIMMA3 #MMA #Paradigm Mall #seni mempertahankan diri #Tune Talk
;