MMA: Kemuncak persaingan MIMMA4 Sabtu ini

Haider Yutim
Oktober 4, 2016 18:36 MYT
Kejohanan tersebut menyaksikan petarung MMA amatur dari seluruh negara berentap bagi merebut kejuaraan untuk kategori masing-masing di Grand Finals. - Foto MIMMA
Selepas berbulan berhempas pulas, kini tiba masanya untuk 18 jaguh seni beladiri campuran (MMA) tempatan membuktikan kehebatan mereka sebagai juara.
Kesemua jaguh bakal beraksi di pusingan akhir Malaysian Invasion Mixed Martial Arts musim keempat (MIMMA4) yang akan berlangsung Sabtu ini di Stadium Negara.
Kejohanan tersebut menyaksikan petarung MMA amatur dari seluruh negara berentap bagi merebut kejuaraan untuk kategori masing-masing di ‘Grand Finals’.
Sebanyak sembilan pertarungan bagi sembilan kategori akan dipertandingkan untuk kejuaraan ini.
Tiga pertarungan tambahan - ‘veteran vs new’, Malaysia vs Indonesia dan Palestin vs USA turut akan berlangsung pada malam itu.
Kesemua peninju telah bertarung sejak ‘ladder match’ Februari lalu, dan kini mereka bersedia untuk muncul sebagai juara musim ini.
MIMMA merupakan idea bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo.
Ia bertujuan bagi mempromosi sukan MMA di Malaysia.
#Malaysian Invasion #MIMMA #MMA #peninju #Petarung #seni beladiri
;